top of page
Perutusan Pegawai PPD

PERUTUSAN PPD

WhatsApp Image 2020-02-04 at 10.39.33 PM
Perutusan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu

Bismillahirrahmannirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam sejahtera, salam gegagon kito dan salam sukan eratkan perpaduan.

 

Telebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat  Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, dapat kita bersama-sama meraikan Temasya kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sabah bagi kali ke 52.

​

Terima kasih tidak terhingga kepada Ybhg Dr Mistirine Binti Radin Pengarah Pendidikan Negeri Sabah yang memberikan kepercayaan kepada Daerah Lahad Datu mengelolakan kejohanan yang berprestij bagi tahun 2020.

​

Terima kasih kepada Timbalan Timbalan Pengarah Pendidikan, KPPK, KPP, PP dan Pegawai Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah atas usaha membimbing bagi menjayakan kejohanan ini.

 

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua PPD seluruh daerah di Negeri Sabah  atas penyertaan menghantar kontinjen menyertai kejohanan ini, terima kasih kepada Timbalan  PPD Sektor Pembangunan Murid PPD Lahad Datu, Penolong  Penolong Pegawai,Pengetua Cemerlang, Pengetua, Guru Besar Cemerlang, Guru Besar, guru-guru, para ahli jawatankuasa pengelola, barisan kepegawaian olahraga kerana bertungkus lumus  merealisasikan Temasya Sukan Sekolah Sabah pada tahun ini.

 

Hadirin Sekalian,

 

Terima kasih diucapkan juga kepada Dif Dif Jemputan, Pegawai Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah,  Ketua Jabatan agensi persekutuan dan negeri, para ibu bapa yang turut hadir dan telah memberi kebenaran kepada anak anak mereka untuk terlibat serta dalam kejohanan temasya olahraga kali ini.  Sokongan yang sebeginilah yang selalu kita harapkan daripada semua ibu bapa khususnya dari daerah ini.

 

Tuan-Tuan dan puan puan,

 

Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sabah  diadakan pada setiap tahun adalah untuk  membina semangat kesukanan anak-anak kita. Ianya bukan sekadar satu temasya bagi mengukur kemampuan anak-anak dari daerah daerah yang bertanding dalam acara-acara sukan  tetapi temasya ini juga membina keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar. Elemen ini sangat penting bagi mengiktiraf keboleh mampuan berfikir dalam menjana kemenjadian murid yang cemerlang dan bersahsiah mulia.

 

Hadirin sekalian,

 

Kejohanan Olahraga MSSS kali ini adalah salah satu daripada usaha JPN Sabah dalam memastikan akses pendidikan yang berkualiti untuk setiap murid berupaya memberi kesan berganda dalam bidang pembelajaran kerana memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas.

Elemen ini kita titik beratkan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual  dan rohani. Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal kita lahirkan pada hari ini dan juga pada masa akan datang.

 

 SYABAS DAN TAHNIAH

Sekian terima kasih.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA AGAMA DAN BANGSA

​

AMIR KASAN IBNU HASSAN
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu

MSS SABAH 2020 ©

Telah Dikunjungi Sebanyak

bottom of page